Social Icons

Pages

Sunday, January 16, 2011

MISTERI KEHILANGAN AYAH PIN KINI TERJAWAB!!!!

HTAA, 3 Januari 2010- Seluruh makmal gempar dengan penemuan spesis bakteria baru yang menyerupai penyebar ajaran sesat, Ayah Pin (Pin Daddy). Bakteria gram neutral ini dinamakan Staphylococcus aurepin. Bakteria ini penyebab penyakit Acute Pinenteritis atau APT, ia adalah satu penyakit yang sering melanda ketika majlis-majlis keagamaan sesat ataupun majlis kenduri kahwin kecil-kecilan. Ia menyerang tidak kira peringkat usia, tua, remaja sehinggalah ke budak kecil. Ada yang menggelarkannya keracunan makanan. Hakikatnya tiada racun di dalam makanan itu tetapi ia adalah 'makhluk halus' yang menyebabkan anda mengalami gejala penyakit.

APT didefinisikan sebagai penyakit yang menyebabkan gejala cirit-birit yang kerap dengan atau tanpa gejala-gejala lain seperti loya, muntah, demam dan sakit perut. Cirit birit ialah konsistensi najis yang cair seperti jeli atau semen dengan kekerapan yang lebih daripada biasa.


Bakteria ini ditemui oleh seorang pelatih yang hanya ingin dikenali sebagai
Kak Ju. Beliau telah dianugerahkan anugerah nobel atas jasa beliau menemui bakteria pembunuh ini lantas merungkai persoalan kehilangan Ayah Pin. Rupanya selama ini dia bersembunyi di dalam sel-sel tubuh pengikutnya untuk mengelak daripada dicekup jabatan agama islam, dengan cara ini juga dia juga dapat terus menyebarkan dakyah sesatnya bahkan lebih berkesan. Berikut adalah kronologi penemuan bakteria ini...

Note:untuk besarkan image tekan ctrl dan + serentak..ok..

No comments:

Post a Comment