Social Icons

Pages

Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

BUAT WATAK FIKSYEN ANDA SENDIRI (UTK YG MALAS & XPANDAI LUKIS)

Assalamualaikum...Fuhh!! time rehat kerja ni..sempat lagi wat satu entry haha.. okeyh! kali ni aku nk kongsilah sikit care mcm mane korang boleh create watak fiksyen korang tanpe kemahiran melukis tapi nampak superb ala2 komik marvel, hanya perlukan kemahiran imiginasi jer..kat bawah ni aku tunjuk dulu watak yang aku da create berdasarkan  individu disekeliling aku..okey usha2 dulu..



yang ni aku buat mase bosan...watak ni aku buat berdasarkan sorang member aku..haha ni ha dia..


susah nak wat iras2 tu boleh la kot..ok! korang pon boleh jugak buat seberape banyak watak yang korang nak..macam mane?? okey korang pegi kat web ni.. http://www.heromachine.com/heromachine-3-lab/




haaaa.. ni la web dia..cume yang aku lemah sikit..kene wat secara online..lau xde internet xleh nak buat..ape2 pun selama mencuba la yer...


note: sori ipin pinjam gambar kau satu hehehe...

Wednesday, August 10, 2011

TEKA-TEKI IMAM AL GHAZALI



Assalamualaikum..sejak masuk bulan ramadhan ni..blog ni tak terisi dengan ape pun kan..jd penulis rase ada eloknye di isi juge dengan pengisian yang lebih mendekatkan kita kepada Allah disamping kita membaca cerita2 mengarut yang penulis sediakan(sekadar melepas tekanan jiwa dek bebanan tugasan..tu yang bwat cerita mengarut)..kepada umat islam selamat menunaikan kewajipan rukun islam yang ketiga..gunakan kesempatan kita melalui ramadhan Al mubarak ini dengan sebaik mungkin..insyaAllah..kali ini penulis nak bawakan kisah teki-teki imam Al ghazali kepada anak muridnya..mungkin cerita ini dah biasakan..tapi sebagai pengisian dan ulangan untuk kita jadikan ikhtibar bersama..tak salah kita bersama merenung dan memahami kisah ini..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ? Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali :
Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

note: moga ramadhan kali ini memberi lebih pengertian buat kita..amin...

Thursday, January 20, 2011

FILEM SCI-FI MALAYSIA MENJADI KE TAK?


Assalamualaikum.....hehe..blog ni bukan la tempat mengkritik atau membahaskan tentang filem..tapi disebabkan minatnye penulis (yakni aku) terhadap fantasi,fiksyen dan imiginasi..penulis selitkan jugakla tentang karya anak tempatan yang bakal keluar(insyaAllah) nanti..cerita sci-fi yang diberi tajuk MANTERA masih menjalani proses pembikinan..nak tau menjadi atau tak korang nilailah sendiri pada trailer awal citer ni..




macam mana pendapat korang macam best ke?atau pun macam tak best? pape pon harap filem ni tak mengecewakan peminat filem sci-fi cam penulis nih...nak tau lebih lanjut?
sila ke.. http://blog.manterathemovie.com/

note:mungkin korang da tau pasal movie nih..tapi sengaja aku nk kongsi..hehe

Wednesday, January 19, 2011

APAKAH ORBIT MANUSIA..?






Korang pernah belajar sainskan tentang orbit2 planet ni kan..dan bumi sendiri bergerak di atas satu landasan yang kita semua tahu sebagai orbit..bahkan matahari pon bergerak dan punyai orbitnya..penting ke ape yang dikatakan orbit ni..kenapa penting ek?sebab? tanpa orbit atau landasannya semua planet dan bintang akan binasa kerana berlanggar sesama sendiri..segalanya telah diatur dengan sempurna oleh Allah tanpa sedikit kesilapan pun..dan segala yang berlaku bukan kebetulan tapi ianya adalah perancangan daripada Allah..segala bintang di alam semester ini bergerak sebenarnya dengan perancangan yang cukup rapi daripada Allah..



bukan itu sahaja...teori tentang atom juga menyatakan bahawa terdapatnya elektron yang mengorbit neutron dan proton..lihatlah..bahkan sekecil itu Allah mengatur segalanya dengan rapi sekali....jadi persoalannya disini apakah orbit bagi manusia...?apakah yang menjadi landasan manusia didalam bergerak merentang arus kehidupan? tidak lain dan tidak bukan adalah landasan orbit yang ditetapkan oleh Allah iaitu landasan islam...




baiklah mari kita fikirkan sejenak ape yang berada disekeliling kita...cuba kita lihat kapal terbang yang seolah-oleh bebas terbang dilangit..tapi tahukah korang bahawa kapal terbang juga mempunyai orbit dan landasannya..bagaimana landasan kapal terbang dilangit?jika kita lihat kenderaan di atas muka bumi..jalan raya dijadikan panduan..bangunan2 sebagai landmark atau pedoman perjalan..bagaimana pula dengan pedoman perjalanan kapal terbang?bagi kapal terbang pedomannya adalah arahan daripada menara kawalan yang terdapat di airport2..apa yang akan berlaku jika kapal terbang ini terputus hubungan dengan menara kawalan?mungkin keputusannya akan berlaku perlanggaran dan kemalangan..atau jika tidak berlaku perlanggaran..kapal terbang itu akan hilang arah dan tersesat..begitu jugalah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini..kita ibarat kapal terbang yang menuju ke suatu destinasi yang ditetapkan..sementara itu Al-Quran dan Assunnah diibaratkan sebagai menara kawalan buat kita..andai kita hilang pedoman dari keduannya maka tersesatlah kita daripada landasan sebenar penerbangan kehidupan kita..oleh mari kita bersama merenung pekara ini..semoga kita sentiasa berada di orbit yang ditetapkan oleh Allah..wallahua'lam..



note:petikan nasihat dari seorng hamba Allah kepada penulis..

Saturday, January 15, 2011

PERNAH DENGAR TAK TOKSIKOLOGI DADAH?




korang pernah buat medical check up tak? mesti pernah kan..nk msuk kolej atau universiti..tak pun nak bekerja ker...korang perasan tak dalam borang medical check up tu ada part ujian dadah kan...pastu mase medical check up tu korang kene bagi sampel urine(air kencing) untuk ujian tu kan..okey..kali ni penulis nk cerita serbe sedikit lak tentang ujian dadah ni..mari kita kongsi info......

toksikologi?ape tue?? toksikologi ni kajian mengenai racun yang merangkumi cara kenalpasti, asingkan, mengesan. serta impak pada tubuh, reaksi tubuh bdan dan rawatan.

dadah...dengar je pekataan tu mcm bende xelok la kan..tapi tau tak sahabat sekelian...dadah juga penting di dalam bidang perubatan..ape kepentingannya? okey ni antara kepentingannya.....

1. sebagai ubat penahan sakit
2. sebagai ubat penenang
3. anesthetic (bius la...)
4. antibiotic
5. antiseptic

dadah ni memang berguna..tapi macam mane dia dikatakan boleh memudarakan atau toksisiti kepada tubuh..faktonya adalah..

1. cara penggunaan
2. kadar dan dos
3. tempoh dan kekerapan..

sebab tu lah dadah ni perlu digunakan di bawah kawalan doktor agar tak memudaratkan tubuh..sterusnya jom kita tengok jenis2 dadah ni...

STIMULANT
dadah ni peningkatkan kewaspadaan dan rasa mengantuk..ia meransang aktiviti saraf pusat...selalunya disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal...pengguna akan menjadi hyper aktif dan boleh bertndak agresif.
contoh: caffein, amphetamine, kokain, ritalin

OPIAT


dadah ni boleh mempengaruhi tindakan seseorang dan pemikirannya..mempunyai potensi yang tinggi untuk ketagihan..di dalam perubatan ia digunakan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan. kesan pengambilan dadah ini secara berterusan dan melebihi dos adalah gangguan jiwa, kelemahan mental & fizikal, jangkitah HIV dan hepatitis...yang lebih jelas lagi kesannya kematian..

contoh: candu,morfin, heroin dan kodein..

KANNABIS

dadah ini boleh mempengaruhi rasional pemikiran, koordinasi badan dan juga ingatan jangka pendek pengguna. dadah ni jgak boleh menyebabkan kanser dan memberi impak kepada otak...

contoh: ganja,hashish,marijuana

DEPRESSANT/ SEDATIF


dadah ini berfungsi memberikan ketenangan dan kelegaan sementara daripada tekanan perasaan atau rase gugup..ubat penenang la...kesan pengambilan berlebihannye..boleh kurang kegiatan urat saraf....dan boleh menyebabkan kematian.

contoh:methaqualone...


PSIKOTRAPIK



dadah ni bertindak keatas otak untuk meransang aktiviti fizikal.....kesannye boleh
menyebabkan kerosakan hati, jantung dan buah pinggang...

contoh: syabu dan ecstacy

HALUSINOGEN

nama je halusinogen kan....mestila dadah ni boleh memberikan halusinasi kepada penggunannya..mengakibatkan pergerakan otot yang tak terkawal dan tindakan yang agresif...kesan penggunaan berlebihan adalah tekanan darah,penyakit kardiovaskular dan lebih jelasnye kematianla..

contoh: ketamine....PCP...

INHALANT


dadah yang mempengaruhi otak dan menjejaskan saluran oksigen ke dalam paru2...dan akibat kurangnye oksigen dalam otak menyebabkan kerosakan neutron...kesan kroniknya hilang upaya untuk berjalan,bercakap dan berfikir...

contoh:yang ni berhati-hati ada disekeliling kita je...gam,ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thiner, cecair pemetik api, spray rambut dan lain2 la...

okey...kesimpulannya kat sini..jauhi dadah ni...gunakan hanya dibawah seliaan doktor..jangan memudaratkan badan dengan benda2 macam ni...okey semoga kita sama-sama saling ingat-mengingati...wassalam...


p/s: anda pilih derita atau bahagia.....










PERNAH DENGAR TAK C.S.I?




Korang mesti tau kan drama C.S.I tu..crime scene investigation..drama ini berkisarkan penyiasatan kes pembunuhan ngeri. Mereka menggunakan kaedah2 saintifik dan bukti2 fizikal untuk selesaikan sesuatu kes pembunuhan..bkn tu je siap dengan grafik lagi..cool je...


jadi...kat sini penulis (yakni aku) nk ceritakn salah satu bahagian penting dalam penyiasatan ni..iaitu penyiasatan makmal ke atas si mati...pentingkan..sebabnyer??ni sebab dia...

1. Nk tau punca kematian..mati dibunuh atau pun mati disebabkan kepincangan dlm tubuh
2. Nk tau mase bile mangse mati..
3. Sebagai penyelidikan dan pendidikan..


lau sebut tentang penyiasatan makmal ni mesti bersangkut paut dengan autopsy atau post mortem...ape bende post mortem dengan autopsy nih??ni maksudnye..

=pembedahan dan pemeriksaan lanjut keatas tubuh badan serta organ dalaman individu yang telah disahkan mati.

jadinye...post mortem ni terbahagi pulak kepada 2..iaitu..medico ligal dan clinical..ape bende dua nih?ni ha bace maksud dia..

MEDICAL LIGAL @ FORENSIC AUTOPSY..
ni pemeriksaan terhadap kematian yang meragukan atau pembunuhan dan mencari punca kematian.

CLINICAL..
yang ni pulak pemeriksaan bagi kematiaan yang biasa dan bertujuaan mengesahkan diagnosis awal.

okey secara ringkasnye penulis akan menerangkan procedurnya..ia terbahagi kepada 2 bahagian..external examination dan juga internal examination..

EXTERNAL EXAM..
pemeriksaan luaranla dari segi tinggi mangse,berat,keabnormalan kulit dan kehadiaran tanda (cam tatu tu)

INTERNAL EXAM..
pemeriksaan keatas organ dan cecair badan...(microbiologi(kaji kuman),histopatologi(kaji tisu) dan mcm2 lagilah)


ni lah secara ringkasnye cerita tentang penyiasatan autopsy ni..lau ikotkan panjang lagi..tapi memadailah mengetahui serbe sedikitkan..daripada tak tau hihi..okey la..chow..

p/s= lau panjang aku pon malas nk bace hahaha :D

Monday, May 24, 2010

kali pertama...ilmiah

kali pertama ak letak gmbar pelajaran..hehe bkan ape ak cme nak kte..bg orang yg ckap ak tak sesuai dgn ape ak blaja skarang sbab ak cenderung kepada seni, dorang salah..walupon ak skang berada dalam medic lab, ape yg ak blaja sumenye seni..tgk gmba ni..(telur cacing ni)lau korang perasan mcm lukisan abstract je kan..seni 2 di mana shaja la..sbab Allah 2 menciptakn makhluk dgn kesenian yg tiada tolok bandingnye..tgk dNa kte..double heliks kan..smpai bende kecik pon boleh menunjukkn keindahan dan kesenian ciptaan Allah..