Social Icons

Pages

Featured Posts

Thursday, November 21, 2013

MY KOMIK: ZOMBINIFIKASI (komik parodi je..saje2)

ni komik saje2.. huhu xde niat nk mnciplak utk keuntungan..hanya sbb mnat kepade karakter yg terlibat..dan aku pon bwat stu cite pendek (sgt pendek hehe)

page 1

page 2

page 3

page 4

last page

macam tu je la cte dy..ak mmg xde ide nk wat komik..tp nk jugak wat komik..huhu....

Tuesday, February 19, 2013

BUAT WATAK FIKSYEN ANDA SENDIRI (UTK YG MALAS & XPANDAI LUKIS)

Assalamualaikum...Fuhh!! time rehat kerja ni..sempat lagi wat satu entry haha.. okeyh! kali ni aku nk kongsilah sikit care mcm mane korang boleh create watak fiksyen korang tanpe kemahiran melukis tapi nampak superb ala2 komik marvel, hanya perlukan kemahiran imiginasi jer..kat bawah ni aku tunjuk dulu watak yang aku da create berdasarkan  individu disekeliling aku..okey usha2 dulu..



yang ni aku buat mase bosan...watak ni aku buat berdasarkan sorang member aku..haha ni ha dia..


susah nak wat iras2 tu boleh la kot..ok! korang pon boleh jugak buat seberape banyak watak yang korang nak..macam mane?? okey korang pegi kat web ni.. http://www.heromachine.com/heromachine-3-lab/




haaaa.. ni la web dia..cume yang aku lemah sikit..kene wat secara online..lau xde internet xleh nak buat..ape2 pun selama mencuba la yer...


note: sori ipin pinjam gambar kau satu hehehe...

Thursday, February 7, 2013

MEMORI KTMP KL~~ PART1

Huarrgghh!! org nk berblog kite pon sibuk nak juge..update malas...motif buat blog? xde? takde arah tuju..saje2 suke..nak merepek sorang2 xde org bace..ibaratnye blog ni mcm tempat luahan jer..hoho okeh2x kali ni nak upload gambar jer..malas nk taip panjang..gambar kenangan sepanjang aku bergelar student kat KTMP KL. mulekan dengan gambar2 tahun pertama..bismillah...


ni uniform kolej aku..putih suci dan bersih.. (ni bkan aku)


hoho..laponye..ni kumpulan nasyid ni..sbelum join ptandingan makan dulu!!


oi..oi..oi sapa upload gambaq ni!! (gambar xberkenaan) abaikan~~


ni la roomate aku mase sem 1..=.=' (tp ni bkn bilik aku..sepah malu nk ngaku)


ape? kenape muke dorg camtu? lapo tu..blan pose..tgh tggu berbuke..







sesi makan bermula dgn extreamnye..mcm kebuluran xmkn setahun (mlm tu seme yg terlibat mmg xterawih da..perut nk pecah belake)

motif gambar ni ape? xnmpak ke cahaye keimanan tu..ditambah dgn background sejadah.. gambar ni dihantar utk pemilihan hero cerita ketika cinta bertasbih..~~














malas nk beri penerangan..ni gambar berbuke puase ngan dak kelas n lecturer..kamera sape ni?? gambar buruk la!!
okeh sekian saje la gambar2 untuk tahun pertama ni..ade lagi banyak..tapi tah ape2 jer...tahun 2 dan 3 bakal mnyusul.. zzzzzzzzzz....wassalam~~
=(tengah cari gambar lame2.. =.=')=











Wednesday, September 19, 2012

TRAVEL N LIVING~~pos sinderut first time...

Dah berkurun gak aku dah tak bubuh entry kat sini..dah bersawang dah pon blog buruk ni..yela sejak keje ni bizi je..kononnye la...entah camne aku terpanggil lak untuk menulis kat sini..xde ape nak aku kongsikan..cume sikit pengalaman berkhidmat dgn masyarakat pedalaman..kami sedia membantu!!!


 time masuk tu lepas hujan la pulak..pehhh jalan dia jangan cerita la..naye3x..




 lekat2x...berjam2 la tersekat....




 ramai yang tolong..mmg prihatin...tolong tgk..termasuk yang ambik gambar ni..




Akhirnye~~~ selepas berjam2 berhempas pulas...tiba di Klinik Desa Pos Sinderut...penat~~~terus tido je...pejalanan yang sepatutnye 2jam lebih je..bertukar ke pjalanan yg lebih panjang..6jam lebih..







suasana esoknye..dorg da sedia da nk gerak pegi ke kampung2 org asli..aku?? aku tinggal la..pegi pon bukan ade fungsi..bace slaid kat klinik jer~~~





selain periksa slaid malaria..tugas juruteknologi makmal perubatan ketika dalam hutan..adalah memasak..ni yang aku paling lemah..msak air je aku reti..zzzzz











lepas penat2 keje..aktiviti seterusnye!!! bakar lemang...hohoho


bakar2.......xsabar da nk bahan lemang ni...~~~
 

mase yang ditunggu2...makan beramai2..jamuan raye simple..


setelah 5 hari terputus dri dunia luar..tnpe line telifon...internet apetah lagi..kami bergerak pulang..Alhamdulillah..pejalanan kali ni lancar..jalan OK...bulan depan masuk lagi...hehe kami sedia membantu....







Friday, November 4, 2011

EXAM...EXAM..EXAMM =.='

Assalamualaikum… selamat berjuang kepada sekelian sahabatku yang bakal menghadapi final exam xlame lagilah…emmm tapikan sebut pasal exam la kan…mesti nk kene study kan..emm barape jam je boleh nk fokus study tanpa gangguan anasir lain…sejam?2jam?3jam? ni la yang merunsingkan..sedangkan banyak topic yang kene cover..ni problem lazimlah selagi bergelar calon peperiksaan..so di saat akhir ni kita knela study smart..smart mcm mane??tepulanglah..lain org lain care…J…- YA ALLAH BERIKAN KEKUATAN KEPADAKU MENGHADAPINYA..DAN BERIKAN KEJAYAAN KEPADAKU AMINN~~

lepas sejam note-------->komik..camne nk fokus ni??adehhh

Wednesday, August 10, 2011

TEKA-TEKI IMAM AL GHAZALI



Assalamualaikum..sejak masuk bulan ramadhan ni..blog ni tak terisi dengan ape pun kan..jd penulis rase ada eloknye di isi juge dengan pengisian yang lebih mendekatkan kita kepada Allah disamping kita membaca cerita2 mengarut yang penulis sediakan(sekadar melepas tekanan jiwa dek bebanan tugasan..tu yang bwat cerita mengarut)..kepada umat islam selamat menunaikan kewajipan rukun islam yang ketiga..gunakan kesempatan kita melalui ramadhan Al mubarak ini dengan sebaik mungkin..insyaAllah..kali ini penulis nak bawakan kisah teki-teki imam Al ghazali kepada anak muridnya..mungkin cerita ini dah biasakan..tapi sebagai pengisian dan ulangan untuk kita jadikan ikhtibar bersama..tak salah kita bersama merenung dan memahami kisah ini..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan keenam Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ? Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali :
Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

note: moga ramadhan kali ini memberi lebih pengertian buat kita..amin...

Sunday, June 26, 2011

CERPEN,CEREKA DAN CENGARUT: KELIBAT BEBOLA HITAM



KELIBAT BEBOLA HITAM
Mata Farouk mula diserang keletihan apabila dipaksa menatap huruf-huruf di monitor laptop selama berjam-jam. Sekali-sekala Farouk mengurut matanya sebagai terapi sementara untuk meneruskan usahanya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Farouk mengerling ke arah jam dinding biliknya, jam sudah menunjukkan tepat pukul 10 malam, ini bermakna sudah 3 jam dia mendepani laptopnya.
Farouk bangun dari kerusi plastic dan mengeliat membuang lesu di sendi-sendinya. Dia berpaling kepada sahabatnya Zarul yang tertiarap di atas lantai menyiapkan tugasannya, tangan Zarul ligat melorek lukisannya dengan pen, rendering memang melecehkan. Ahh!! Studio aku pun belum buat menyusahkan betul!! Rungut hati Farouk mengenangkan tugasannya yang masih terbengkalai.
Tiba-tiba telefon bimbit Farouk berbunyi menandakan ada SMS baru masuk. Farouk segeranya mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam lokernya. Ibu jarinya cekap menekan butang-butang kekunci telefon bimbitnya. SMS dari Fakrul?apa hendaknya malam-malam sebegini, dia terus sahaja membuka sms yang diterimanya.
“Salam, jom la keluar minum-minum dulu, lusakan submit assignment tu?”baca Farouk sms yang baru diterimanya tadi dari Fakrul. Farouk tersenyum hambar memikirkan ajakan Fakrul itu seraya menoleh ke arah Zarul yang masih leka dengan dunia seninya.
“Fakrul ajak keluar, kau nak?”Tanya Farouk kepada Zarul. Zarul mendongak memandang Farouk.
“kau?”
“aku ikut kau.”balas Farouk. Zarul pula mengira-ngira peratusan tugasannya yang belum disiapkan.
“lama tak?”
“sekejap je agaknya, nak minum-minum je katanya”jelas Farouk kepada Zarul.
“kalau gitu jom jelah pergi”jawab Zarul pendek seraya mengemas segala peralatan lukisannya. Farouk segera membalas SMS yang dihantar oleh Fakrul menyatakan persetujuan mereka berdua untuk keluar minum.
“dia tunggu di bawah”beritahu Farouk sebaik sahaja menerima SMS seterusnya daripada Fakrul. Zarul mengangguk. Mereka berdua bergegas keluar dari bilik dan menuruni tangga kolej teratai menuju ke lobi utama.
Di perkarangan kolej teratai setelah beberapa ketika mereka menunggu, Fakrul tiba dengan menaikki kereta produa kancil berwarna merah kesayangannya.
“jom minum kat Bandar U lah..”cadang Fakrul sebaik sahaja Farouk dan Zarul masuk ke dalam keretanya.
“okey je aku.”balas Farouk yang duduk seorang di belakang. Fakrul menoleh pula kepada Zarul yang duduk di sebelahnya.
“jom je lah”jawab Zarul dengan perlahan seperti tidak yakin mungkin masih terbayangkan tugasan yang melambak. Fakrul tersenyum sambil tangan kirinya menggoyang tombol gear. Fakrul terus memandu keretanya melewati pagar UITM Sri Iskandar.
Tidak sampai lima minit kereta bergerak, tiba-tiba mata Farouk terlihat melalui tingkap kanan kereta kelibat bebola hitam melayang-layang seiringan dengan kereta yang dinaikinya. Farouk pejamkan mata, sebaik sahaja dia membuka matanya kembali, kelibat itu sudah tiada. Ilusi agaknya maklumlah mengantuk, getus Farouk membasuh hatinya dari berfikir yang bukan-bukan.
Mereka tiba disebuah kedai mamak, lengang sahaja hanya beberapa meja di penuhi pelanggan. Mereka terus sahaja memesan hidangan masing-masing. Baru sejenak melabuh punggung di atas kerusi hidangan mereka menyusul. Mereka segera menjamu apa yang ada di depan mata mereka. Setelah hidangan dilangsaikan, Fakrul menyalakan rokok, sudah menjadi kebiasaannya selepas makan. Mereka berborak rancak tentang tugasan dan pengalaman masing-masing.
Jam di dinding kedai mamak itu menunjukkan hampir pukul 12.00 malam. Zarul mula gelisah, kerana mereka tidak lagi dibenarkan masuk ke dalam kawasan UITM dan ini juga bermakna tugasannya akan terbengkalai. Zarul mengeluh mengenangkan hal itu.
“kita ke rumah Jai je lah, tak boleh masuk dah ni”cadang Fakrul. Setuju atau tidak mereka mesti ikutkan sahajalah, tiada pilihan kedua. Terpaksalah mereka bermalam di rumah Jai yang terletak di sebuah taman perumahan yang agak jauh juga.
Kereta kancil terus dipandu Fakrul menyusuri jalan raya meninggalkan Bandar U. Zarul telah pun terlena di sebelah Fakrul. Farouk pula segar menemani Fakrul berceloteh, secawan Nescafe panas di minumnya tadi cukup membuatkan matanya segar.
“Bau ape nih?”tiba-tiba suara Zarul meledak, lenanya terganggu sebaik sahaja bau busuk seperti bau bangkai menerpa hidungnya.
“shhhh! Tengok kita lalu kawasan apa..jangan tegur”bisik Fakrul. Farouk hanya membisu dibelakang sejak awal mereka menempuh kawasan perkuburan.
Tiba-tiba jauh dihadapan mereka ternampak benda terbang dengan laju menghala ke arah kereta yang mereka naikki. Masing-masing tergamam.
“ Ya Allah! Kepala orang!”teriak Zarul apabila ‘benda’ yang terbang tadi menghentam cermin depan kereta. Fakrul panik, tidak sedar dia menekan pedal minyak dengan kuat sehingga kereta yang dipandunya terbabas ke tepi bahu jalan. Mujurlah dia sempat menekan brek kalau tidak sudah pasti kereta mereka terjun ke dalam tasik. Masing-masing terpana seketika, senyap.
“baca ayat kursi banyak-banyak, Syaitan nak permainkan kita. Jom terus ke rumah Jai” ujar Zarul memecah kesunyian. Farouk dan Fakrul menuruti saranan Zarul. Mereka segera meneruskan perjalanan ke rumah Jai tanpa gangguan lagi. Sesampai sahaja di rumah Jai mereka terus menceritakan kejadian itu kepada Jai.
“ Kalau benda tu penanggal sudah pasti ada orang yang mengamalkan ilmu yang salah”telah Jai seraya memandang tiga sahabatnya yang tersandar lesu di sofa ruang tamu. Jai mengeleng-gelengkan kepala dan segera menyuruh mereka bertiga mengambil wudhuk sebelum berehat.
Keesokan harinya mereka bertiga tidak dapat hadir ke kelas kerana demam Terpaksalah Jai yang bersoal jawab dengan Encik Fazrul tentang ketidakhadiran mereka bertiga sekaligus, mujurlah ada surat cuti daripada doctor kalau tidak susah juga Encik Fazrul hendak percaya tiga orang boleh demam dalam masa yang sama.