Social Icons

Pages

Saturday, January 22, 2011

MACAM MANA NK BERGAMBAR KAT EGYPT TAPI TAKDE DUIT UNTUK KE SANE?

Sebut je egypt atau mesir yang korang bayangkan mesti padang pasir, piramid, unta tak pon pokok kurma kan..macam mana nak bergambar berlatar belakangkan piramid kalau kita tak mampu..pasti ada caranya untuk kita dapat bergambar berlatarkan piramid..macam mana?macam ni...

mula2 paling penting cari gambar berlatar belakangkan piramid..(penulis memilih gambar member yang belajar kay egypt)



..emmm ni la gambar member penulis yang belajar kat egypt(mesir)..jd bile penulis tgk gmba ni penulis pon ad idea nk edit gmba ni...supaya penulis pon berada ditempat kejadian mse 2..hehe. taraaaa...



haha...okey ni da jadikan penulis ditempat kejadian...walaupon penulis xpnah ke egypt tpi penulis tetap boleh macam ke sane dan bergambar berlatarbelakangkan piramid..hehe dengan photoshope segalanya mungkin..chow..wassalam

SERANGAN T VIRUS(RESIDENT EVIL) DI MALAYSIA?

Pernah tak korang terfikir kalau T Virus menyerang negara kita nih? mase si Alice bertungkus lumus berlawan dengan zombie kat Raccoon city, negara malaysia juga tak terkecuali dengan serangan T virus dan sume orang jadi cam zombie..yang tak terkena jangkitan virus lari selamatkan diri dari dibaham dek zombie2 nih (mungkin filem zombie kg pisang da beri sedikit gambaran)..sebagai jawapan kepada ape yang berlegar2 dalam otak korang tuh nantikan citer ni keluar....


note:amacam? siap dalam 3D lagi tuh..haha saje je aku edit..ni muke member aku..aku letak kat situ..saje je..time2 cuti mula la aku berangan2..dan ni la jadinya...haha

Thursday, January 20, 2011

FILEM SCI-FI MALAYSIA MENJADI KE TAK?


Assalamualaikum.....hehe..blog ni bukan la tempat mengkritik atau membahaskan tentang filem..tapi disebabkan minatnye penulis (yakni aku) terhadap fantasi,fiksyen dan imiginasi..penulis selitkan jugakla tentang karya anak tempatan yang bakal keluar(insyaAllah) nanti..cerita sci-fi yang diberi tajuk MANTERA masih menjalani proses pembikinan..nak tau menjadi atau tak korang nilailah sendiri pada trailer awal citer ni..




macam mana pendapat korang macam best ke?atau pun macam tak best? pape pon harap filem ni tak mengecewakan peminat filem sci-fi cam penulis nih...nak tau lebih lanjut?
sila ke.. http://blog.manterathemovie.com/

note:mungkin korang da tau pasal movie nih..tapi sengaja aku nk kongsi..hehe

Wednesday, January 19, 2011

APAKAH ORBIT MANUSIA..?






Korang pernah belajar sainskan tentang orbit2 planet ni kan..dan bumi sendiri bergerak di atas satu landasan yang kita semua tahu sebagai orbit..bahkan matahari pon bergerak dan punyai orbitnya..penting ke ape yang dikatakan orbit ni..kenapa penting ek?sebab? tanpa orbit atau landasannya semua planet dan bintang akan binasa kerana berlanggar sesama sendiri..segalanya telah diatur dengan sempurna oleh Allah tanpa sedikit kesilapan pun..dan segala yang berlaku bukan kebetulan tapi ianya adalah perancangan daripada Allah..segala bintang di alam semester ini bergerak sebenarnya dengan perancangan yang cukup rapi daripada Allah..



bukan itu sahaja...teori tentang atom juga menyatakan bahawa terdapatnya elektron yang mengorbit neutron dan proton..lihatlah..bahkan sekecil itu Allah mengatur segalanya dengan rapi sekali....jadi persoalannya disini apakah orbit bagi manusia...?apakah yang menjadi landasan manusia didalam bergerak merentang arus kehidupan? tidak lain dan tidak bukan adalah landasan orbit yang ditetapkan oleh Allah iaitu landasan islam...




baiklah mari kita fikirkan sejenak ape yang berada disekeliling kita...cuba kita lihat kapal terbang yang seolah-oleh bebas terbang dilangit..tapi tahukah korang bahawa kapal terbang juga mempunyai orbit dan landasannya..bagaimana landasan kapal terbang dilangit?jika kita lihat kenderaan di atas muka bumi..jalan raya dijadikan panduan..bangunan2 sebagai landmark atau pedoman perjalan..bagaimana pula dengan pedoman perjalanan kapal terbang?bagi kapal terbang pedomannya adalah arahan daripada menara kawalan yang terdapat di airport2..apa yang akan berlaku jika kapal terbang ini terputus hubungan dengan menara kawalan?mungkin keputusannya akan berlaku perlanggaran dan kemalangan..atau jika tidak berlaku perlanggaran..kapal terbang itu akan hilang arah dan tersesat..begitu jugalah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini..kita ibarat kapal terbang yang menuju ke suatu destinasi yang ditetapkan..sementara itu Al-Quran dan Assunnah diibaratkan sebagai menara kawalan buat kita..andai kita hilang pedoman dari keduannya maka tersesatlah kita daripada landasan sebenar penerbangan kehidupan kita..oleh mari kita bersama merenung pekara ini..semoga kita sentiasa berada di orbit yang ditetapkan oleh Allah..wallahua'lam..



note:petikan nasihat dari seorng hamba Allah kepada penulis..

Tuesday, January 18, 2011

KENAPE ILHAM DATANG MASE DALAM LECTURE?

haha...aku jumpe pulak lukisan tangan aku yang lama-lama...ermm sekarang dah busy tak macam dulu sempat nak melukis2 ni...walaupun tak la lawa tapi melukis ni memberikan ketenangan buat aku..aku cubala abadikan kawan2 aku ni kedalam komik aku..ni la jadinye....





ni lak komik yang aku hasilkan mase lecturer bagi lecture....hahaha time tu gak ilham nak mari...




note:ni la..hobi aku...lau xde keje(dalam lecture xde keje ker?)

Monday, January 17, 2011

KUCING DITELAN BATU BELAH BATU BERTANGKUP?



Ni dia gambar seekor kucing ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan dan tragik..di telan oleh batu belah batu bertangkup..kenapa si kucing boleh ditelan batu belah batu bertangkup?puncanya masih dalam siasatan penulis..tapi penulis percaya ini angkara rasa terkilan dan hampa kucing kerana gagal mendapatkan kasih sayang dari tuannya..akibatnya dia membawa diri dan masuk ke rahang batu belah batu bertangkup..

note:sebenarnya kucing ni tido jer bawah batu tu..effect darah ditambah bagi nampak real..

Sunday, January 16, 2011

MISTERI KEHILANGAN AYAH PIN KINI TERJAWAB!!!!

HTAA, 3 Januari 2010- Seluruh makmal gempar dengan penemuan spesis bakteria baru yang menyerupai penyebar ajaran sesat, Ayah Pin (Pin Daddy). Bakteria gram neutral ini dinamakan Staphylococcus aurepin. Bakteria ini penyebab penyakit Acute Pinenteritis atau APT, ia adalah satu penyakit yang sering melanda ketika majlis-majlis keagamaan sesat ataupun majlis kenduri kahwin kecil-kecilan. Ia menyerang tidak kira peringkat usia, tua, remaja sehinggalah ke budak kecil. Ada yang menggelarkannya keracunan makanan. Hakikatnya tiada racun di dalam makanan itu tetapi ia adalah 'makhluk halus' yang menyebabkan anda mengalami gejala penyakit.

APT didefinisikan sebagai penyakit yang menyebabkan gejala cirit-birit yang kerap dengan atau tanpa gejala-gejala lain seperti loya, muntah, demam dan sakit perut. Cirit birit ialah konsistensi najis yang cair seperti jeli atau semen dengan kekerapan yang lebih daripada biasa.


Bakteria ini ditemui oleh seorang pelatih yang hanya ingin dikenali sebagai
Kak Ju. Beliau telah dianugerahkan anugerah nobel atas jasa beliau menemui bakteria pembunuh ini lantas merungkai persoalan kehilangan Ayah Pin. Rupanya selama ini dia bersembunyi di dalam sel-sel tubuh pengikutnya untuk mengelak daripada dicekup jabatan agama islam, dengan cara ini juga dia juga dapat terus menyebarkan dakyah sesatnya bahkan lebih berkesan. Berikut adalah kronologi penemuan bakteria ini...

Note:untuk besarkan image tekan ctrl dan + serentak..ok..

MACAM MANE NK HASIL KAN KOMIK KALAU TAK PANDAI MELUKIS?

pernah tak korang terfikir nak menghasilkan komik korang sendiri?tapi korang tak pandai nak melukis...korang masih berpeluang untuk menghasilkan komik korang sendiri...bagaimana? okey tengok komik yang aku buat time xde keje nih....



ni la komik yang aku buat time2 boring...bukan aku lukis..gunakan photoshop je..jadi korang pon bolehla buat komik pasni..dengan photoshop segalanya mungkin...

p/s:minta maaf la cerita komik tu sekerat je..da malas...tak nmpak nak bace? untuk besarkan image tekan ctrl dan + serentak..ok..wassalam...

Saturday, January 15, 2011

PERNAH DENGAR TAK TOKSIKOLOGI DADAH?




korang pernah buat medical check up tak? mesti pernah kan..nk msuk kolej atau universiti..tak pun nak bekerja ker...korang perasan tak dalam borang medical check up tu ada part ujian dadah kan...pastu mase medical check up tu korang kene bagi sampel urine(air kencing) untuk ujian tu kan..okey..kali ni penulis nk cerita serbe sedikit lak tentang ujian dadah ni..mari kita kongsi info......

toksikologi?ape tue?? toksikologi ni kajian mengenai racun yang merangkumi cara kenalpasti, asingkan, mengesan. serta impak pada tubuh, reaksi tubuh bdan dan rawatan.

dadah...dengar je pekataan tu mcm bende xelok la kan..tapi tau tak sahabat sekelian...dadah juga penting di dalam bidang perubatan..ape kepentingannya? okey ni antara kepentingannya.....

1. sebagai ubat penahan sakit
2. sebagai ubat penenang
3. anesthetic (bius la...)
4. antibiotic
5. antiseptic

dadah ni memang berguna..tapi macam mane dia dikatakan boleh memudarakan atau toksisiti kepada tubuh..faktonya adalah..

1. cara penggunaan
2. kadar dan dos
3. tempoh dan kekerapan..

sebab tu lah dadah ni perlu digunakan di bawah kawalan doktor agar tak memudaratkan tubuh..sterusnya jom kita tengok jenis2 dadah ni...

STIMULANT
dadah ni peningkatkan kewaspadaan dan rasa mengantuk..ia meransang aktiviti saraf pusat...selalunya disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan fizikal...pengguna akan menjadi hyper aktif dan boleh bertndak agresif.
contoh: caffein, amphetamine, kokain, ritalin

OPIAT


dadah ni boleh mempengaruhi tindakan seseorang dan pemikirannya..mempunyai potensi yang tinggi untuk ketagihan..di dalam perubatan ia digunakan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan. kesan pengambilan dadah ini secara berterusan dan melebihi dos adalah gangguan jiwa, kelemahan mental & fizikal, jangkitah HIV dan hepatitis...yang lebih jelas lagi kesannya kematian..

contoh: candu,morfin, heroin dan kodein..

KANNABIS

dadah ini boleh mempengaruhi rasional pemikiran, koordinasi badan dan juga ingatan jangka pendek pengguna. dadah ni jgak boleh menyebabkan kanser dan memberi impak kepada otak...

contoh: ganja,hashish,marijuana

DEPRESSANT/ SEDATIF


dadah ini berfungsi memberikan ketenangan dan kelegaan sementara daripada tekanan perasaan atau rase gugup..ubat penenang la...kesan pengambilan berlebihannye..boleh kurang kegiatan urat saraf....dan boleh menyebabkan kematian.

contoh:methaqualone...


PSIKOTRAPIK



dadah ni bertindak keatas otak untuk meransang aktiviti fizikal.....kesannye boleh
menyebabkan kerosakan hati, jantung dan buah pinggang...

contoh: syabu dan ecstacy

HALUSINOGEN

nama je halusinogen kan....mestila dadah ni boleh memberikan halusinasi kepada penggunannya..mengakibatkan pergerakan otot yang tak terkawal dan tindakan yang agresif...kesan penggunaan berlebihan adalah tekanan darah,penyakit kardiovaskular dan lebih jelasnye kematianla..

contoh: ketamine....PCP...

INHALANT


dadah yang mempengaruhi otak dan menjejaskan saluran oksigen ke dalam paru2...dan akibat kurangnye oksigen dalam otak menyebabkan kerosakan neutron...kesan kroniknya hilang upaya untuk berjalan,bercakap dan berfikir...

contoh:yang ni berhati-hati ada disekeliling kita je...gam,ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thiner, cecair pemetik api, spray rambut dan lain2 la...

okey...kesimpulannya kat sini..jauhi dadah ni...gunakan hanya dibawah seliaan doktor..jangan memudaratkan badan dengan benda2 macam ni...okey semoga kita sama-sama saling ingat-mengingati...wassalam...


p/s: anda pilih derita atau bahagia.....










PERNAH DENGAR TAK C.S.I?




Korang mesti tau kan drama C.S.I tu..crime scene investigation..drama ini berkisarkan penyiasatan kes pembunuhan ngeri. Mereka menggunakan kaedah2 saintifik dan bukti2 fizikal untuk selesaikan sesuatu kes pembunuhan..bkn tu je siap dengan grafik lagi..cool je...


jadi...kat sini penulis (yakni aku) nk ceritakn salah satu bahagian penting dalam penyiasatan ni..iaitu penyiasatan makmal ke atas si mati...pentingkan..sebabnyer??ni sebab dia...

1. Nk tau punca kematian..mati dibunuh atau pun mati disebabkan kepincangan dlm tubuh
2. Nk tau mase bile mangse mati..
3. Sebagai penyelidikan dan pendidikan..


lau sebut tentang penyiasatan makmal ni mesti bersangkut paut dengan autopsy atau post mortem...ape bende post mortem dengan autopsy nih??ni maksudnye..

=pembedahan dan pemeriksaan lanjut keatas tubuh badan serta organ dalaman individu yang telah disahkan mati.

jadinye...post mortem ni terbahagi pulak kepada 2..iaitu..medico ligal dan clinical..ape bende dua nih?ni ha bace maksud dia..

MEDICAL LIGAL @ FORENSIC AUTOPSY..
ni pemeriksaan terhadap kematian yang meragukan atau pembunuhan dan mencari punca kematian.

CLINICAL..
yang ni pulak pemeriksaan bagi kematiaan yang biasa dan bertujuaan mengesahkan diagnosis awal.

okey secara ringkasnye penulis akan menerangkan procedurnya..ia terbahagi kepada 2 bahagian..external examination dan juga internal examination..

EXTERNAL EXAM..
pemeriksaan luaranla dari segi tinggi mangse,berat,keabnormalan kulit dan kehadiaran tanda (cam tatu tu)

INTERNAL EXAM..
pemeriksaan keatas organ dan cecair badan...(microbiologi(kaji kuman),histopatologi(kaji tisu) dan mcm2 lagilah)


ni lah secara ringkasnye cerita tentang penyiasatan autopsy ni..lau ikotkan panjang lagi..tapi memadailah mengetahui serbe sedikitkan..daripada tak tau hihi..okey la..chow..

p/s= lau panjang aku pon malas nk bace hahaha :D