KELIBAT BEBOLA HITAM



KELIBAT BEBOLA HITAM
Mata Farouk mula diserang keletihan apabila dipaksa menatap huruf-huruf di monitor laptop selama berjam-jam. Sekali-sekala Farouk mengurut matanya sebagai terapi sementara untuk meneruskan usahanya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Farouk mengerling ke arah jam dinding biliknya, jam sudah menunjukkan tepat pukul 10 malam, ini bermakna sudah 3 jam dia mendepani laptopnya.

Farouk bangun dari kerusi plastic dan mengeliat membuang lesu di sendi-sendinya. Dia berpaling kepada sahabatnya Zarul yang tertiarap di atas lantai menyiapkan tugasannya, tangan Zarul ligat melorek lukisannya dengan pen, rendering memang melecehkan. Ahh!! Studio aku pun belum buat menyusahkan betul!! Rungut hati Farouk mengenangkan tugasannya yang masih terbengkalai.
Tiba-tiba telefon bimbit Farouk berbunyi menandakan ada SMS baru masuk. Farouk segeranya mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam lokernya. Ibu jarinya cekap menekan butang-butang kekunci telefon bimbitnya. SMS dari Fakrul?apa hendaknya malam-malam sebegini, dia terus sahaja membuka sms yang diterimanya.

“Salam, jom la keluar minum-minum dulu, lusakan submit assignment tu?”baca Farouk sms yang baru diterimanya tadi dari Fakrul. Farouk tersenyum hambar memikirkan ajakan Fakrul itu seraya menoleh ke arah Zarul yang masih leka dengan dunia seninya.

“Fakrul ajak keluar, kau nak?”Tanya Farouk kepada Zarul. Zarul mendongak memandang Farouk.

“kau?”

“aku ikut kau.”balas Farouk. Zarul pula mengira-ngira peratusan tugasannya yang belum disiapkan.

“lama tak?”

“sekejap je agaknya, nak minum-minum je katanya”jelas Farouk kepada Zarul.

“kalau gitu jom jelah pergi”jawab Zarul pendek seraya mengemas segala peralatan lukisannya. Farouk segera membalas SMS yang dihantar oleh Fakrul menyatakan persetujuan mereka berdua untuk keluar minum.

“dia tunggu di bawah”beritahu Farouk sebaik sahaja menerima SMS seterusnya daripada Fakrul. Zarul mengangguk. Mereka berdua bergegas keluar dari bilik dan menuruni tangga kolej teratai menuju ke lobi utama.

Di perkarangan kolej teratai setelah beberapa ketika mereka menunggu, Fakrul tiba dengan menaikki kereta produa kancil berwarna merah kesayangannya.

“jom minum kat Bandar U lah..”cadang Fakrul sebaik sahaja Farouk dan Zarul masuk ke dalam keretanya.

“okey je aku.”balas Farouk yang duduk seorang di belakang. Fakrul menoleh pula kepada Zarul yang duduk di sebelahnya.

“jom je lah”jawab Zarul dengan perlahan seperti tidak yakin mungkin masih terbayangkan tugasan yang melambak. Fakrul tersenyum sambil tangan kirinya menggoyang tombol gear. Fakrul terus memandu keretanya melewati pagar UITM Sri Iskandar.

Tidak sampai lima minit kereta bergerak, tiba-tiba mata Farouk terlihat melalui tingkap kanan kereta kelibat bebola hitam melayang-layang seiringan dengan kereta yang dinaikinya. Farouk pejamkan mata, sebaik sahaja dia membuka matanya kembali, kelibat itu sudah tiada. Ilusi agaknya maklumlah mengantuk, getus Farouk membasuh hatinya dari berfikir yang bukan-bukan.

Mereka tiba disebuah kedai mamak, lengang sahaja hanya beberapa meja di penuhi pelanggan. Mereka terus sahaja memesan hidangan masing-masing. Baru sejenak melabuh punggung di atas kerusi hidangan mereka menyusul. Mereka segera menjamu apa yang ada di depan mata mereka. Setelah hidangan dilangsaikan, Fakrul menyalakan rokok, sudah menjadi kebiasaannya selepas makan. Mereka berborak rancak tentang tugasan dan pengalaman masing-masing.

Jam di dinding kedai mamak itu menunjukkan hampir pukul 12.00 malam. Zarul mula gelisah, kerana mereka tidak lagi dibenarkan masuk ke dalam kawasan UITM dan ini juga bermakna tugasannya akan terbengkalai. Zarul mengeluh mengenangkan hal itu.

“kita ke rumah Jai je lah, tak boleh masuk dah ni”cadang Fakrul. Setuju atau tidak mereka mesti ikutkan sahajalah, tiada pilihan kedua. Terpaksalah mereka bermalam di rumah Jai yang terletak di sebuah taman perumahan yang agak jauh juga.

Kereta kancil terus dipandu Fakrul menyusuri jalan raya meninggalkan Bandar U. Zarul telah pun terlena di sebelah Fakrul. Farouk pula segar menemani Fakrul berceloteh, secawan Nescafe panas di minumnya tadi cukup membuatkan matanya segar.

“Bau ape nih?”tiba-tiba suara Zarul meledak, lenanya terganggu sebaik sahaja bau busuk seperti bau bangkai menerpa hidungnya.

“shhhh! Tengok kita lalu kawasan apa..jangan tegur”bisik Fakrul. Farouk hanya membisu dibelakang sejak awal mereka menempuh kawasan perkuburan.

Tiba-tiba jauh dihadapan mereka ternampak benda terbang dengan laju menghala ke arah kereta yang mereka naikki. Masing-masing tergamam.

“ Ya Allah! Kepala orang!”teriak Zarul apabila ‘benda’ yang terbang tadi menghentam cermin depan kereta. Fakrul panik, tidak sedar dia menekan pedal minyak dengan kuat sehingga kereta yang dipandunya terbabas ke tepi bahu jalan. Mujurlah dia sempat menekan brek kalau tidak sudah pasti kereta mereka terjun ke dalam tasik. Masing-masing terpana seketika, senyap.

“baca ayat kursi banyak-banyak, Syaitan nak permainkan kita. Jom terus ke rumah Jai” ujar Zarul memecah kesunyian. Farouk dan Fakrul menuruti saranan Zarul. Mereka segera meneruskan perjalanan ke rumah Jai tanpa gangguan lagi. Sesampai sahaja di rumah Jai mereka terus menceritakan kejadian itu kepada Jai.

“ Kalau benda tu penanggal sudah pasti ada orang yang mengamalkan ilmu yang salah”telah Jai seraya memandang tiga sahabatnya yang tersandar lesu di sofa ruang tamu. Jai mengeleng-gelengkan kepala dan segera menyuruh mereka bertiga mengambil wudhuk sebelum berehat.

Keesokan harinya mereka bertiga tidak dapat hadir ke kelas kerana demam Terpaksalah Jai yang bersoal jawab dengan Encik Fazrul tentang ketidakhadiran mereka bertiga sekaligus, mujurlah ada surat cuti daripada doctor kalau tidak susah juga Encik Fazrul hendak percaya tiga orang boleh demam dalam masa yang sama.

Comments